Tuesday, October 11, 2011

Musim Haji 1433 Hijrah/ 2011 Masihi

Assalamualaikum Iman yang dikasihi,

Hari ni Mama nak tulis tentang musim haji tahun ni.

Tahun ni giliran Cikgu Shikah, Cikgu Din, Mak Nah dan Pak Wahab mendapat undangan ke tanah suci untuk menunaikan Rukun Islam yang kelima. Mari kita berdoa untuk diorang tu ...

"Ya Allah, ampunilah mereka, rahmatilah mereka, selamat dan afiatkan mereka.. Berilah haji mabrur kepada mereka. Amin...."

Semalam ada berita seorang jemaah wanita meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkat 9 di bilik hotel penginapannya di Madinah iaitu Hotel AlHaram. Semoga Allah mengampunkan dan merahmatinya dan ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman. Hanya Allah jua yang mengetahui....

Oh ya, mama dah daftarkan Iman untuk mengerjakan haji. Nak tahu bila tahun berangkat? ......... 2035..... hah ! Lagi 24 tahun???? Mama dan babah punya tahun keberangkatan ialah pada 2016. Eh! Lagi 5 tahun... Mungkin mama dan babah akan tangguhkan pemergian kami sebab nak pergi bersama Iman tapi kenalah tunggu Iman akil baligh dulu, ya tak? Tak apalah... kita sabar menunggu sambil mempelajari selok belok ibadah haji dengan lebih baik lagi.

Nanti senang-senang, Mama nak cerita pulak pengalaman Mama mengerjakan ibadah haji pada 2006 yang lalu.


No comments:

Post a Comment