Monday, October 10, 2011

Selamat Ulang Tahun ke 44, Babah !

Iman yang mama kasihi,

Semalam, 9 Okt 2011 ialah hari ulang tahun ke-44 Babah.

Kita pergi ke Kluang Mall untuk meraikan ulang tahun babah. Kita makan tengahari di Chicken Rice Shop. Lepas tu layan Iman bersukaria dengan THR Ragaa di ruang legar Kluang Mall. Iman seronok sekali dapat naik ke pentas dan main limbo rock. Tak sangka, sikap sporting Iman melayakkan Iman mendapat hadiah dari THR Ragaa/TM iaitu sebuah beg dan t-shirt Toy Story.

Lepas tu, kita naik keretapi mainan. Pusing-pusing 5 round sampai mama nak pening !

Akhirnya, kita pusing-pusing bandar Kluang dan temankan babah gunting rambut.

Birthday babah tahun ni tak ada kek dan hadiah sebab babah kata "tak payah"... Tak apa lah Iman, tahun depan kita senyap-senyap belikan untuk babah, ya ? Agaknya, hadiah yang babah nak ialah melihat kegembiraan kita. Iman gembira tak semalam? Mama gembiraaaaa.... yeah !

Jom kita doa untuk babah .... Ya allah, kami amat bersyukur dikurniakan seorang suami dan babah yang baik. Ya allah, panjangkan usia babah agar dapat beribadah kepadaMu. Murahkanlah rezeki babah.Mudahkanlah urusan babah di dunia dan akhirat. Berkatilah dan rahmatilah babah. Masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama.... Amin.....



No comments:

Post a Comment