Sunday, October 23, 2011

Pertemuan dengan Kak Nora

Assalamualaikum Iman,

Kali ni, mama nak citer pasal Kak Nora. Kak Nora ni sepupu mama sebelah arwah ayah. Anak maklong. Dia dua beradik ajer iaitu dengan abang Ghazalie. Mak pak diorang ni dah lama meninggal dunia.. sejak tahun 70an lagi. Kak Nora sebelum ni bekerja sebagai Jururawat dan Bidan Terlatih. Sekarang dah pencen...

Hubungan kami tak lah rapat dan tak lah mesra.... lebih kurang gitu-gitu ajer....bila tak jumpa, masing-masing buat hal masing-masing tapi bila dah berjumpa, alhamdullilah masih ada kemesraan. Kenapa jadi begitu? Ada "generation gap" antara kami kot...

Bulan lepas sewaktu menghadiri jemputan perkahwinan rumah Mak Itam (ni mak sedara mama sebelah arwah ayah mama), mama rasa terpanggil pulak nak singgah ke rumah Kak Nora yang terletak berhampiran rumah Mak Itam.

Sampai di rumah Kak Nora, mama terlihat Kak Nora mendukung seorang anak kecil. Sajer jer mama menyakat Kak Nora dengan ucapan"beranak kecik ker?". Sebenarnya mama ingatkan tu mesti cucu dia !
Rupanya betul.. itu anak Kak Nora ! Hah ! Terpanjat maakkk.... ialah orang dah menopause beranak kecik !

Kak Nora cerita anak itu diberi oleh sebuah keluarga yg di dalam kesusahan. Katanya dia kesian tengok bayi dan keluarga itu dan dia berhasrat mengambil bayi itu sebagai anak angkatnya.

Mama kagum... yelah, Kak Nora tu dah 62 tahun... masih sanggup lagi membela anak kecik. Bila mama tanya kak Nora tak fikirkan ker kalau terjadi apa-apa pada kak nora, siapa akan menjaga anak tu? Jawap kak Nora, "Allah yang mengatur pertemuan dengan anak ini dan menyiapkan perancangan untuk masa depan anak ini. Siapalah kita untuk menolaknya". Tu dia... jawapan optimis yang cukup menginsafkan mama !

Dan kini.... hati mama berbunga lagi... semangat semakin berkobar-kobar... Terima kasih Kak Nora!

No comments:

Post a Comment