Monday, October 10, 2011

Rancangan Umrah 2014

Iman yang mama kasihi,

Hari ini mama pergi ke TH untuk simpan duit Iman dan mama. Mudah-mudahan dalam masa 2 tahun dari sekarang kita bolehlah pergi menunaikan umrah pada 2014 nanti.

Nanti semasa umrah, kita boleh ziarah Rasullulah dan sahabatnya di Madinah. Di Mekah pulak, Iman boleh lihat dan bersembahyang di hadapan Kaabah. Selama ni Iman hanya lihat di dalam gambar dan tv aje, kan? Insya allah, nanti semua akan nampak nyata.....

Sebagai persediaan, Iman mestilah belajar solat dan mengaji. Iman dah baca IQRA 2 tapi apasal suka sangat nak mengulang baca IQRA 1? Kalau macam tu, macam mana nak habiskan bacaan IQRA dan Al-Quran?

Selain tu, Iman kenalah berkhitan. Agak-agak ok ker... eleh, nak gunting rambut pun sikt nyer susah... ini kan pulak nak potong kat situ?

Okay... jadi tu marilah kita berdoa semoga dijemput menjadi tetamu Allah pada 2013 atau 2014 nanti.

No comments:

Post a Comment