Wednesday, October 19, 2011

Winter Sonata

Winter Sonata mula ditayangkan di TV3 pada 2002 yang lalu dan terus mendapat tempat di hati peminat drama. Antaranya.... ahkak laa tuuuuu.... hehehe....

Sinopsis Winter Sonata

Jung Yu-Jin >>>Cumil mcm ahkak...hehehe .....perasan!!!!
Seorang gadis yang ceria dan mempunyai personaliti yang kuat semasa di alam persekolahan. Dia percaya yang cinta pertamanya adalah istemewa dan dia jatuh cinta pada seorang pemuda misteri Kang Jung-Sang yang meninggal dunia. Sepuluh tahun kemudian, Yu-Jin mempunyai syarikat sendiri dan bertunang dengan Kim Sang-Hyuk. Kemunculan Lee Ming-Yeong membuatkan perasaannya sedih dan emosinya terganggu kerana wajahnya yang mirip mendiang Kang Jung-Sang. Dia keliru kerana tertarik pada Lee Min-Yeong yang juga tertarik kepadanya.

Kang Joon-Sang/Lee Min-Yeong
Dia pergi ke Chun Chong untuk mencari ayah kandungnya. Setelah kecewa apabila mengetahui yang dia adalah anak luar nikah, dia pun menjalinkan hubungan dengan Jung Yu-Jin. Bila dia mengetahui yang ayah Yu-Jin adalah berkemungkinan ayahnya juga, dia berasa kecewa dan ingin meninggalkan Yu-Jin. Dia meninggal dunia dalam kemalangan semasa dalam perjalanan untuk menemui Yu-Jin pada malam tahun baru. Sepuluh tahun kemudian, Min-Yeong, seorang pemuda yang mirip Joon-Sang baru pulang ke Seoul. Walaupun ada perselisihan faham antara Min-Yeong dan Yu-Jin, Min-Yeong mula jatuh hati pada Yu-Jin. Namun dia keliru samada Yu-Jin betul-betul mencintainya atau kerana wajahnya yang mirip Joon-Sang.

Kim Sang-Hyuk
Dia mencintai Yu-Jin semenjak kecil tetapi hampa bila dia dapat tahu yang Yu-Jin mencintai Joon-Sang. Joon-Sang pula dingin terhadapnya dan ini membuatnya lebih marah. Selepas kematian Joon-Sang, layanan baiknya terhadap Yu-Jin membuatkan hati Yu-Jin tersentuh. Sepuluh tahun kemudian, sedang mereka membuat persiapan untuk bertunang, tiba-tiba harapannya musnah bila seorang lelaki mirip Joon-Sang tiba-tiba muncul.

Oh Chae-Lin
Joon-Sang menolak cintanya sewaktu di sekolah tinggi. Dia terjumpa seorang yang menyerupai Joon-Sang apabila pulang dari France. Dia berasa kecewa dan cemburu terhadap hubungan Yu-Jin dan Min-Yeong dan berusaha untuk memisahkan mereka. Namun rancangannya gagal bila pembohongannya terbongkar. Di sebalik usahanya untuk memisahkan mereka, dia sebenarnya telah membuatkan Yu-Jin dan Joon-Sang bersatu.

Feeling giler tengok citer ni.... tengok setiap episod mesti ahkak siap nanges-nanges... kenkonon dah diresapi watak Yu-jin ler kaedahnya. Ingat lagi, waktu tayangan citer ni pukul 7 - 8 malam...time orang nak solat maghrib. Jadi, solat express laa. Jahil sungguh ahkak masa ni jah! Ending citer ni... Yu-Jin bertemu semula Joon Sang/ Lee Min Yeong yg dah buta di rumah idaman diorang. Whaaaaaa..... sobsobsob.....

Baru-baru ni kawan ahkak, Zaliza berkunjung ke Nami-do, Korea Selatan kat tempat lokasi citer ni. Kalaulah ahkak yg pergi, harus ahkak pacak khemah camping kat situ. Menghayati aura Yu-jin dan Joon-Sang ler kenkonon nyer...... hehehe...

No comments:

Post a Comment