Tuesday, October 11, 2011

Pengalaman Haji 1426 Hijrah/ 2006 Masihi (Bhgn 1)

Assalamualaikum Iman yang mama kasihi,

Kali ni mama nak citer mengenai pengalaman mama dan babah pergi mengerjakan haji pada 1426 Hijrah/ 2006 Masihi yang lalu.

Mama dan babah mendaftar untuk pergi haji pada tahun 2000 dan tahun berangkat yg dijangkakan ialah 2010. Seperti jemaah lain, kami pun turut mengikuti kursus haji. Mula-mula tu kami berkursus di Pusat Islam, Johor Bahru. Bila dah berpindah ke Kluang, kami kursus di Masjid Jamek Bandar Kluang pula di bawah bimbingan Ustaz Sabari selama 20 minggu. Seronok belajar dengan Ustaz Sabari... banyak ilmu yg boleh diperolehi dan ibadah yang diperbaiki dan ditambah. Jom kita hadiah Alfatihah untuk Ustaz Sabari Abdul Rahman......

Bulan Ramadhan.... banyak berita gembira yang kami terima.... antaranya kelahiran dan kehadiran Iman dalam hidup kami serta berita pengesahan haji kami.

Akhir Syawal... mama dapat surat pengesahan tarikh berangkat ke tanah suci. Kami dijadualkan berangkat dari KLIA pada 5hb. Dis 2006 dan kembali ke Malaysia pada 17hb. Jan 2007 dengan rombongan KT 81. Mama kira-kira .....wah ! maknanya mama akan berpisah dengan Iman selama 44 hari !

Sepanjang pemergian mama nanti, Nenek Nap bersetuju untuk menjaga Iman. Di samping menyiapkan bekalan untuk dibawa ke Tanah Suci, mama turut menyiapkan bekalan untuk keperluan Iman. Ketika ini Iman baru berusia 45 hari.... baru lepas hari !

Nenek Nap menyediakan kenduri doa selamat buat mama dan babah. Kenduri di kampung dihadiri oleh saudara mara dan jiran tetangga. Makanan macam biasalah... makan nasi ambang.

Pada tarikh yang dinanti itu (5hb Dis 2006), Pakngah Yusri bersukarela untuk menghantar mama dan babah ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. Kami bertolak selepas solat Asar sebab waktu penerangan ialah jam 12 malam. Sedihnya rasa hati nak berpisah dengan Iman.... Dalam deraian airmata, mama dan babah melangkah pergi. Kami doakan semoga Iman selamat di bawah jagaan Nenek Nap. Iman pandai-pandailah bawak diri, ya! Insya allah, allah akan memelihara dan melindungi Iman.

Di Kelana Jaya, ramai yang menghantar seperti Paklong Faozie sekeluarga, Tok Uda sekeluarga, Raudhah sekeluarga dan Cik Umi sekeluarga.


Along Faozie sekeluarga

Babah dan Pakngahnya


Di Kelana Jaya juga, kami mendengar taklimat akhir sebelum berangkat, urusan imigresen dan urusan check in bagasi. Di situ juga disediakan kaunter Tukaran Wang oleh Bank Islam. Jadi sesiapa yang belum menukar wang RM ke SR, bolehlah berbuat begitu. Setelah doa selamat dibacakan, maka bergeraklah jemaah ke dalam bas untuk membawa kami ke KLIA. Segala urusan dilakukan dengan efficient sekali!




Dalam jam 10 malam, kami pun bertolak ke KLIA menggunakan bas khas dengan diiringi Polis Peronda untuk membawa jemaah ke KLIA. Di KLIA, urusan keberangkatan untuk menaiki pesawat Saudia dilakukan di Balai Berangkat khas (bukan seperti international departure yang lazim di bangunan satelit). Ini foto sebahagian jemaah di Balai Berangkat itu.


Waktu penerbangan ialah jam 12 malam. Di dalam pesawat, suasana sungguh syahdu. Masing-masing dengan hal sendiri. Yelah, orang nak pergi berjuang lah katakan.... jihad fisabilillah gak, kan?

Ni gambar makanan dalam pesawat Saudia tu. Dalam bungkusan tu ada nasi berlaukkan ayam, salad, kek, juice dan cokelat. Tak ramai yang makan waktu tu, maklumlah kalau mengikut waktu Malaysia, ni dah kira makan waktu sahur.



Ada peristiwa yang berlaku di dalam pesawat. Agak gempar bila tiba-tiba ada pengumuman meminta bantuan dari doktor perubatan di kalangan jemaah. Rupanya ada seorang jemaah wanita yang sedang nazak dan meninggal dunia di dalam pesawat.



Kami tiba di Medina dalam jam 4 pagi waktu tempatan (waktu Malaysia lebih kurang 9 pagi). Keluar sahaja dari pesawat, angin sejuk bertiup dan terasa hingga ke tulang. Grrrhhhh... mengigil-gigil dibuatnya !



Pemandangan di dalam shuttle bus yang membawa jemaah dari pesawat ke Balai Ketibaan




Mama dan babah di Balai Ketibaan Medina Airport. Muka mengantuk + letih abisss....



Pemandangan sebahagian jemmah di balai ketibaan Medina Airport


Kami solat subuh di dalam balai ketibaan sementara menunggu urusan imigresen dan kastam selesai. Selesai sahaja urusan, kami menuju ke bas-bas yang disediakan untuk membawa kami ke hotel penginapan iaitu Hotel Al-Haram.

Oklah Iman.... nanti mama sambung cerita lagi, ya.

P/S : Kalau Iman nak tengok foto-foto, semuanya ada dalam Fb mama.

No comments:

Post a Comment