Thursday, October 27, 2011

Cerita selepas hujan

Sekarang ni dah hampir 3 minggu Kluang hujan setiap hari. Kenkadang pagi, kenkadang tengahari, kenkadang petang dan kenkadang malam.

Semalam hujan sekejap-sekejap waktu pagi, tengahari, petang dan membawa ke malam. Sewaktu mama tengah syok-syok layan citer "Soffiya", dalam pukul 7.45 pm (dah solat maghrib, hockay!) tetiba.. blackout ! Cheh ! Agak terlebih guna elektrik time Deepavali semalam ker? Bergelaplah kita.... Dalam gelap-gelap tu, babah request nak makan keledek rebus dan teh "Ahmad" perisa passion fruit pulak. Berbekalkan lilin dan lampu suluh, akhirnya hidangan makan malam berjaya disiapkan. Berzuhud sungguh kita malam tadi yer ? Kihkihkih....Bayangkanlah orang yang susah dan ketiadaan makanan.... Kita ni sungguh bertuah... hidup senang... tapi masih merungut lagi! Masya allah....

Teringat pulak masa kecik-kecik dulu di tahun 70an (tahun 72-73). Masa tu mama duduk ngan Mak Uda kat Renggam. Rumah Mak Uda tu atas bukit depan stesen keretapi Renggam. Yelah, Pokder kan staff KTM. Gitulah suasana.... rumah tak perlu pasang kipas, tidur malam dalam kelambu, kenkadang siap pakai baju sejuk lagi tu, bukak paip waktu pagi airnya sejuk macam air batu, mandi pagi jam 11-12 (pagiiii ker?) Hehehe....

Pagi ni, mama bangun pukul 6 am. Lepas solat, terus ke dapur buat sarapan. Lapar ler, maklumlah semalam makan keledek rebus aje. Mama buat jemput-jemput udang dan air nescafe. Babah pulak bersiap nak pergi kerja cepat hari ni sebab katanya ada meeting di Johor Bahru. Hari ni Iman tak sekolah sebab masih cuti Deepavali lagi. Adalah kawan mama kat rumah....

Dah jam 8 pagi, pemandangan kat luar rumah seperti ini :






Hajjah Salimah aka Cik Mah, jumpa tak pemandangan seperti ini kat Bukit Katil tu? Kihkihkih... kalau nak fefeeling cam berada kat Cameron Highlands ... meh ler sini.... cepat, cepat.... sementara stok kabus masih hader !!!!


P/S : Teringat pulak ceramah Pak Ostad, salah satu tanda-tanda akhir kiamat ialah Ad-dukhan (asap atau kabus tebal). ....???????......

No comments:

Post a Comment