Thursday, October 13, 2011

Selamat Ulangtahun ke5, Iman !!














Syukur, alhamdullilah....

Hari ini, 13 Okt 2011, Iman menyambut hari ulangtahun ke5. Mama cuma beli "chocolate ice cream cake" untuk makan dengan kawan-kawan kat sekolah. Iman excited giler tengok kek tu. Bila kengkawan start nyanyi lagu birthday, lagilah Iman teruja. Macam biasalah... melompat sambil ngepak-ngepak ! Paling kelakar bila Teacher Jaye suruh "make a wish". Tau apa wish Iman? Dia jawab "I want to be a king". Hahaha....

Iman sambut birthday 3 kali dalam tahun ni. Kali pertama, semasa 21 Ramadhan yg lalu. Ni mengikut tahun Hijrah lah. Buat kat umah ajer lepas sembahyang Isyak. Mama panggil anak-anak jiran untuk meriahkan majlis. Kali kedua, pada hari ini lah. Dan kali ketiga pada akhir bulan Oktober nanti. Ni sekolah yang buatkan semasa "October birthday party". Best nyer Iman.... 3 kali dapat tiup lilin. Mama dan babah tak pernah merasa tiup-tiup lilin dan kek ada nama sendiri masa kecik-kecik dulu. Jadi, Iman mestilah berbanyak syukur kepada Allah kerana mengurniakan rezeki yang melimpah ruah ini.

Doa mama dan babah "Ya allah, ya tuhanku, kami amat bersyukur dikurniakan anak ini, Muhammad Iman Fauzi. Ampunilah dosa dan kesalahannya, berkatilah dan rahmatilah anak ini untuk kehidupannya sekarang dan masa hadapan. Permudahkanlah setiap urusannya. Berilah dan ajarkanlah ilmu yang bermanfaat agar dia dapat menjadi anak soleh yang berjaya di dunia dan akhirat. Kurniakanlah kebaikan di dunia dan akhirat dan peliharalah anak ini dari azab neraka dan masukkanlah kami ke Jannah bersama-sama. Amin..."

No comments:

Post a Comment